Saturday, July 28, 2018

Tempat mengadu...

Sudah lama tak menulis di sini... Selepas pencen baru kini blog dilawati..
Terkadang mau meluah isi hati disini kerana  tiada lagi tempat  ingin dikongsi cerita selepas bonda pergi  buat selamanya..2015..
Dulu hampir setiap hari aku akan menelifon  bonda..hanya untuk bertanya kesihatan atau berbual2 kosong.. kini banyak perkara yg mengusik hati dipendam saja...
Mungkin selepas ni banyak yg boleh dicatatkan di sini sebagai satu cara melepaskan stress atau menyimpan kenangan manis atau pun pahit...
Walau apa pun .. Allah sentiasa ada untukku meminta pertolongan dan  hajat... Semuga Allah memberi kekuatan dan merahmati hidupku serta menerima keampunan hambaNya ini...
         
28/7/18... 10 pm
Restoran 9 lake. Tasik Jaya

Saturday, June 10, 2017

Sedekah berganda pulangan....1.50 menjadi 7.00...alhamdulillah..

Lama betul tak mengusik blog ni...tempat menyimpan segala macam memori ..semalam 14 ramadan  cik mimah@c.m  keluar membeli juadah berbuka puasa..banyak betul makanan yg dijual di bazar ramadan seremban ni...selepas membeli sedikit juadah c.m pun beredar ke kereta...tetapi terpandang seorang warga emas buta menjual tisu...  c.m capai jer 1.50 dan masukkn ke dalam bekas plastik tanpa mengambil pun tisu...Dlm perjalanan pulang kami ditahan seorang remaja lelaki lalu memberikan 2 bungkus nasi minyak dgn sedikit kuih...alhamdulillah....tak sangka nilai 1.50 dah menjadi 7.00... alhamdulillah.. semuga orang yg bersedekah makanan berbuka itu dimurahkan rezeki dan diberkati Allah....c.m kagum dengan kesungguhan dan keikhlasan remaja tadi bersedekah di bulan yang mulia ini...muga2 kita semua dapat lebih memberi tanpa mengharapkan sebarang balasan@pulangan...aamiinn..